Pendaftaran Di Pondok Renjer. Bagi Pendaki yang ingin bermalam perlu laporkan pada balai polis dan pejabat hutan yang berdekatan. Kalau balik hari tulis buku jer.
Pintu gerbang masuk ke hutan rekreasi gunung nuang. Ketinggian puncak gunung adalah 1498m, Gunung tertinggi di negeri selangor.
Kawasan sungai tempat ramai orang berchamping dan mandi.
Best mandi
Kem Lolo waterfall, Punca air terakhir sebelum kepuncak nuang. Biasanya ramai pendaki akan berkhemah di sini sebelum meneruskan pendakian ke puncak.
Dari kiri : Prof Dr Moktar Abu Bakar (Ketua Jabatan JPMD), Siti Hawa, Kawan Haris, Haris (anak Prof) Alif, Fadlin, Fauziana, Nor Muslim, Syafik, Hamydy.
Yang tiada dlm gambar : Linda, Suami Linda dan kawan Linda.(datang lambat)
Seramai 13 orang semuanya mendaki Gunung Nuang pada 8 March 2009, Kami hanya mendaki sampai Kem LoLo sahaja. Nor Muslim, Fadlin dan hamydy cuba mendaki untuk sampai ke Kem Pacat namun tak berjaya kerana masa dah lewat( dah 1.00pm mastu berpatah balik ke kem lolo sampai kul 2.00pm). Mula mendaki dari pondok post jam 9.00pagi dan sampai ke kem Lolo 11.00pagi, Jam 3.00 petang mula mendaki turun dan sampai ke pondok pos jam 5.00petang.