Wednesday, December 31, 2008

Mendaki Gunung Ledang 2009




Trip mendaki G Ledang ini adalah sebahagian dari latihan persediaan untuk mendaki gunung kinabalu. Trip Ledang ni jenis santai sebabnya sudah jadi taman negara, oleh itu semua kemudahan telah disediakan. kiranya champing suka2 jer.


cadangan tarikh
20-22 Feb 2009


Jenis trip

santai dan konvoi berkereta
anggaran peserta 15org

Tentative program

Day 1
Bertolak dari KL Malam - 12pm
dijangka tiba sebelum subuh
lepak dalam keta tido atau sebagainya

Day 2
selepas sarapan
terus daftar, buat pembayaran dan terus mendaki
tiba ke puncak tengahari
pasang kemah di camp site
santai - masak2,makan2 angin. dan bermalam.

Day 3
Selepas sarapan
Terus turun untuk balik ke kl
atau
Program tambahan jika ada atau aktiviti bebas

Kos Trip
Sendirian Berhad
Minyak keta dan tol - tong-tong sikit2
kos mendaki seperti yang telah ditetapkan oleh pihak taman negara.

Kos yang telah ditetapkan oleh pihak Taman Negara gunung Ledang
http://bm.johorparks.com.my/the-parks/gunung-ledang/

Kategori Dewasa Pakej B (2h/1m)
Bayaran Masuk & Pemuliharaan Rm 5/person
Permit Mendaki Rm 5/person
Tapak Khemah (1 Malam) Rm 5/person

Bayaran Pemandu 2 Hari 1 Malam Rm140/group

Peralatan yang perlu ada
Khemah (yang tiada boleh kongsi dengan yang ada)
Stok makanan sendiri (nak masak ker atau nak makanan segera terpulang masing2)

Yang Berminat boleh bagi nama secepat mungkin

Bayaran akan dimaklumkan kemudian

Email butiran berikut pada hamydy@gmail.com
Nama
No Tel bimbit


Terbuka pada semua org yang berminat.

Monday, October 13, 2008

Tentative Program Mendaki Gunung Kinabalu

Kepada semua pendaki
Tiket Penerbangan sudah boleh ditempah merujuk jadual dibawah:

Penerbangan Air Asia

Tarikh Bertolak Jumaat 13 March 2009
Berlepas - 09.25pm (KL)
Sampai - 11.55pm
No Pesawat - AK 5112

Tarikh Pulang Isnin 16 March 2009
Berlepas - 09.15m (KK)
Sampai - 11.55pm
No Pesawat AK 5121

**bagi yang ingin pulang pada Tarikh yang berbeza, maka penerbangan pulang adalah terpulang pada masing2.

Tentative Program

Jumaat 13 March 2009
08.00pm Berkumpul di LCCT
09.25pm Berlepas ke KK
11.55pm Tiba di KK terus menginap di hotel

Sabtu 14 March 2009
07.00am Bertolak ke Kinabalu Park
10.00am Mula mendaki ke Laban Rata
03.00pm Dijangka tiba di Laban Rata
09.00pm Tidur

Ahad 15 March 2009
02.00am Mendaki ke Puncak
05.00am Dijangka tiba di puncak- melihat matahari terbit
09.00am Mula mendaki turun
02.00pm dijangka tiba di kinabalu park
terus ke Hot Spring
08.00pm check in hotel
09.00pm makan malam di tepi laut

Isnin 16 March 2009
08.00am selepas sarapan bertolak ke pulau manukan, mamutik dan sapi
snorkeling sampai puas
01.00pm pulang ke kk membeli belah
Pasar philipine (mutiara, ikan masin, cenderahati)
05.00pm Balik ke hotel bersiap untuk pulang
08.00pm Berkumpul di Airport
09.15pm Berlepas pulang ke KL
11.55pm sampai di KL

Selasa 17 March 2009
sudah mula kerja atau ada yang masih bercuti.

Senarai nama peserta yang telah berjaya dibuat tempahan
1. Mohd Arif B. Alias
2. Samsuddin Yalla
3. Mohd Fadlin Mender
4. Abd Hamydy Bin Abd Hamid
5. Mohd Syukor Bin Abd Hamid
6. Nor Bin Muslim
7. Syafiq Taffuddin Hamid
8. Mohd Alif
9. Dr. Arif Bin Hamid
10. Nor Aiwa Samad

Pembayaran
Semua 10 tempat telah dibuat pembayaran.

Latihan Kecergasan
Diharap setiap peserta dapat melakukan latihan kecergasan sendiri sekurang2nya sebulan sebelum tarikh bertolak untuk mengelakkan semput.

latihan seperti
1. joging sekurang2nya 3 kali seminggu
2. Latihan kaki (turun naik tangga) sekurang2nya sekali seminggu, kalau tiada tempat tangga HUKM pun boleh mula dari tingkat bawah naik ke tingkat atas sekali.

Peralatan
Memandangkan kita dapat di Gunting Lagadan Hut (Non Heated Dorm) maka peralatan berikut hendaklah dibawa:

1. Sarung Tangan (sangat mustahak semasa di puncak..sejuk)
2. Baju sejuk (waktu malam sejuk)
3. Sleeping Bag (waktu malam sejuk)
4. Wind Breaker (untuk kurangkan pukulan angin semasa mendaki ke puncak)
5. Kasut (yang sesuai dan tidak licin)
6. Kamera (penting ni... Disana banyak View yang cantik2)
7. Seluar Pendek (untuk Snorkeling)
8. Lotion Sun Burn (bagi yang menjaga kulit muka ketika snorkeling)
9. Lampu suluh kepala (head lamp) sbb mendaki kepuncak awal pagi 2.00am


Memandangkan ada peserta yang pertama kali akan pergi dan ada yang bertanyakan budget keseluruhan berapa. maka saya buatkan anggaran kos

Anggaran Kos

*Kos mendaki RM510
Day 2 - 1 night Laban Rata RM290
RM220 ( Insuran,Permit, Lesen, Guide, Park Fee, sijil and etc.)
**collection RM350 so baki RM160 sebelum bertolak

Van : RM800
Dari Hotel - Kinabalu Park
Dari Kinabalu Park - Hot Poring - Hotel -
So dalam RM80 per person
**collection sebelum bertolak

Teksi : Airport - KK hotel city - Airport
x sure berapa anggaran RM10 per person
Jika Hotel ada Airport PickUp lagi jimat

Boat
ke Pulau manukan, sapi, mamutik
Anggaran dalam RM15-20.
bergantung pada rundingan dengan pemandu boat. Di Jeti nanti

Dormitory
Day 1 & day 3
(Bunk Bed) per person RM25 x 2 day
Sendiri ikut group bilik

Tiket Flight Return (Airasia)
***Beli sendiri

Anggaran Total Kos +/- RM1047 (termasuk Flight)

Duit belanja, makan dan Shoping Masing2 budget la, lain perut lain citarasanya

**Untuk makluman semua KOS yang saya uruskan hanyalah kos mendaki RM510
Kos2 lain saya akan buat collection sebelum bertolak ataupun di sana nanti, Saya buat begini bagi mengelakkan kerugian sekiranya ada peserta yang last minit tarik diri ataupun tukar rancangan.

harap maklum

jika ada sebarang kemuskilan, jgn segan untuk bertanya pada saya. sekian wassalam

Wednesday, October 8, 2008

Tempahan mendaki Gunung Kinabalu 2009

Assalamualaikum pada semua Pendaki

Berita baik dan juga kurang baik untuk semua. Berita baiknya tempahan mendaki gunung kinabalu telah dibuka untuk bulan march 2009. saya telah telefon pihak kinabalu park dan dapatkan quortation.

Berita kurang baiknya adalah senarai harga baru telah dikeluarkan dan harganya telah meningkat berganda2 dari sebelum ini yang pernah saya pergi pada tahun 2007.

Contohnya
Laban Rata (Heated Dormitory) Gunting Lagadan Hut
2007 = RM50 seorang
2009 = RM330 seorang (termasuk makanan)

Oleh itu harga yang saya letakkan sebelum ini RM250 tidak lagi relevan. Oleh sebab itu juga jika ada peserta yang tidak sanggup dan tidak mampu dengan peningkatan kos terbaru ini harap dapat beritahu saya secepat mungkin. Sebelum saya buat tempahan. Kerana untuk buat tempahan saya perlu buat bayaran 100% kepada pihak kinabalu Park dalam masa 7 hari

Bayaran ini untuk Chalet di Laban Rata RM330.

Sesiapa yang tidak memberi jawapan kepada saya dalam masa 4 hari sehingga ahad ini 11/10/08, maka saya anggap dia tidak berminat dan tempatnya saya gantikan dengan peserta lain yang sanggup bayar sekurang2 nya RM350 untuk tempahan.

Kos wajib
Anggaran Kos Asas Mendaki = RM500
Yuran Kelab Foto = RM10

Kepada sesiapa yang masih berminat harap dapat menjelaskan sekurang-kurangnya RM350 secepat mungkin.

Segala kesulitan amat saya kesali.

Berikut adalah senarai harga untuk Mendaki yang dikeluarkan oleh Kinabalu Park.

Laban Rata (Heated Dormitory)/Gunting Lagadan RM330
Entrance Fee RM3
Climbing Permit RM30

Climbing Insurance RM7

Transportation (Optional)
Via Timpohon Gate 5 Persons & Above (1 Mt. Guide) RM4
Via Mesilau Trail 7 Persons & Above (1 Mt. Guide) RM15

Mountain Guide Fee 4 – 6 Climbers
Timpohon / Peak / Timpohon RM100
Timpohon / Peak / Mesilau RM115
Mesilau / Peak / Mesilau RM120
Certificate RM10


Kos2 lain seperti sewa van, Budget hotel, bot boleh dibuat kemudian setelah hampir nak pergi atau disana kerana banyak pilihan dan tidak perlu di tempah awal. Apa yang paling penting adalah Tempahan tempat di Laban Rata.

sekian sebarang kemuskilan boleh hubungi saya : hamydy 013-2383464

Monday, October 6, 2008

Beg Deuter Air Contact 40+10L

Beg Deuter Air Contact 40+10L

Harga : RM 200
Stok : Ada Banyak ( setiap Bulan Ambik Dari Vietnam

*pembeli boleh tengok dahulu beg tersebut sebelum beli.

Berminat boleh call hamydy 013 2383464 or email at hamyd[at]yahoo.com

Kinabalu FotoHunt 2009

Monday, July 28, 2008

Gunung Tebu Terengganu Julai 2008

Berikut Adalah Tentatif Program Gunung Tebu, Terengganu 25-27 juLai 2008


(25hb juLai ~ Jumaat)
8.00pm berkumpul di hentian putra PWTC
Sampai disini baru la bertemu dengan geng2 lain, semuanya satu bas.
9.00pm bertolak dari KL (menaiki Bas Mutiara).
Kita akan melalui Merapoh - BesutDijangka mengambil masa sekitar 9 jam.

(26hb juLai ~ SABTU)
5.30pg Sampai di Besut, TerengganuMenapak ke masjid berdekatan – solat subuh Sarap di gerai2 yang berdekatan.
8.30pg Menaiki Bas Mutiara ke Hutan Lipur Lata Belatan(30mnt), sepatutnya naik taxi, tapi ketua xpdc berjaya kautim dengan driver bas, itu yang dapat naik bas. lagi jimat.
9.00pg Sampai di HL Lata Belatan(bersiap-siap utk mendaki dan membuat pendaftaran). Semua peserta menapau makanan untuk tengahari siap2.
9.30pg Mula mendaki (8km)
12.30tgh lunch di Jendela Dunia dan Batu Mat Hasan
1.30ptg Mula menapak ke puncak
4.30ptg Sampai di puncak(sessi meninjau-ninjau kawasan puncak yang cantik )
5.30ptg Mula bergerak ke kemsite (sebenarnya kemsite ni kena melepasi puncak terlebih dahulu, sbb tempat ni dekat dengan punca air)
6.30ptg Sampai di kemsite. Ada dua kawasan kemsite satu kawasan terbuka bersebelahan dengan sebuah kubur lama (tak tau kubur sapa) kawasan ini cantik dan nampak pemandangan jelas kearah laut, terutama pulau perhentian dan pulau redang. Kawasan lagi satu bawah sikit tepi lereng bukit, kawasan ni tak lapang dan ada banyak pokok, kalau buat kem kat kawsan ni selamat sikit dari dipukul hujan ribut berbanding dengan kemsite kaw terbuka.
Selepas pasang khemah apa lagi terus memasak, selesai jer memasak tetiba hujan ribut melanda, Flysheet dan groundsheet dipukul angin, mencabar jugak rasanya. Makan dalam keadaan basah. Lepas makan terus kami tidur malas nak pikir pasal hujan, tapi dalam kemah dah hampir banjir. (tido buat bodo jer)
9.00mlm Geng PPUKM ambil keputusan berpindah ke kemsite lereng bukit. kat tempat ni baru la dapat duduk dengan aman tiada gangguan tiupan angin. Tapi Geng Jeo Kekal kat atas kemsite terbuka tu (geng Otai biasala).
12.00mlm minum malam la, lepak kat khemah geng otai (aiwa ,mamak dan uncle). diarang ni siap buat lamp chop dan bubur kacang lagi. huh mantap.

(27 juLai ~ AHAD)
7.00pg ramai berkumpul diatas Batu Madrasah melihat pemandangan kearah laut. nampak pulau2 (perhentian, redang).
8.30pg Sarapan pagi dan masak untuk tapau turun sekali.
10.00pg Mula bergerak turun meninggalkan puncak, Sebelum bertolak turun kami semua melawat kawasan sejarah cerita rakyat. Antaranya seperti: Batu Kelana Kuda, Batu Kapal, Batu Madrasah, Batu Puncak Tebu, Batu Makamah, Batu Pancung, Batu Pintu Gerbang, Telaga Afdal, Batu Udang, Batu Balai Rong Seri dan Taman Bonsai
5.00ptg Dijangka sampai ke Lata Belatan(bersiap-siap dan bersedia untuk pulang)
6.00ptg Group awal sampai telah Menaiki Van terlebih dahulu ke pekan Jerteh. Selebihnya Menaiki Bas Mutiara ke perhentian Jerteh
9.00mlm Bertolak balik ke KL

(28 juLai ~ ISNIN)
4.30pg Tiba hentian Putra. Sarapan pagi (ada gerai di hentian putra sudah buka). Dah mula keje or ada yang ambik cuti. tapi banyak yang cuti la. boleh rehatkan badan.
6.00pg Mula menaiki LRT pulang ke Bandar Tun Razak

Senarai Peserta dari PPUKM
1. Abdul hamydy Bin Abdul Hamid
2. Steward Anak Lindong
3. Junaida Osman
4. Ibrahim Sulong
5. Nor Aiwa Binti Ahmad

Berikut adalah adalah Total keseluruhan peserta yang menyertai Pendakian Gunung Tebu iaitu seramai 21 orang

Line-up kesemuanya 21 orang!!
guide - 2org (fendi & mamak)
ppukm - 5org
klang - 3org (2 dr takaful, 1 pesara)
dari damansara- seorg
dari melaka - 6org
dari johor - 2org
dari K.Terengganu - 2org

Jumpa group Amy / Joe seramai 14orang di Hentian Putra yang kebetulannya bertolak ke tebu. group mereka ni ada pendaki termuda berusia 7 tahun. hebat btul budak tu

maklumat lanjut sila email pada hamydy@gmail.com / tel : 013-2383464 ext: 5482
Untuk melihat gambar sila klik Trip Gunung_Tebu_Terengganu_25-27_3401kaki_Julai_2008

Info Tentang Gunung Tebu
GUNUNG Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Te rengganu dengan ketinggian kira-kira 1,037 meter (m) dari paras laut. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pen daki tempatan dan luar negara. Pengunjung dapat menyaksikan pemandangan indah gu gusan pulau zamrud Terengganu termasuk Pulau Perhentian dan Pulau Redang, daratan yang bertaburan di Laut China Selatan.Ada berkata, puncak gunung ini paling mudah ditawan. Justeru, tidak hairanlah tanah tinggi di daerah Setiu ini semakin popular di kalangan penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam sekitar.Selain pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu.Kembara ini memakan masa antara dua atau tiga hari. Ada juga segelintir pendaki yang dahagakan pengembaraan lebih lasak, menyambung kembara mereka dengan menawan banjaran tanah tinggi lain di sekitar Besut, sebelum me namatkan ekspedisi di Kolam Air Panas La.“Pendakian dari kaki gunung ke puncak Gunung Tebu mengambil masa dua hari satu malam. Tempoh masa yang agak singkat ini membolehkan aktiviti lasak ini diadakan secara berkumpulan terutama di hujung minggu. “Ada pula yang apabila sudah tiba di puncak Gunung Tebu, mahu ke Bukit Batu Balai dengan laluan dan pendakian lebih mencabar,” kata seorang pemandu pelancong berpenga laman. Sebelum memulakan perjalanan, peserta akan berkumpul di kaki Gunung Tebu, iaitu di kawasan perkelahan terkenal, Lata Belatan.
Peserta akan menjalankan pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan.Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.Selepas Lata Belatan, destinasi pertama yang akan dituju adalah Sungai Chakah Dua, kira-kira 30 minit perjalanan dari Lata Belatan.Dari sini, peserta akan meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, Batu Mat Hassan - yang mendapat namanya sempena dengan orang lama yang bertapa di gua berhampiran. Dari batu ini, peserta meneruskan pendakian mereka ke Jendela Tebu, yang memakan masa sehingga 20 minit per jalanan. Lazimnya, peserta akan berehat seketika bagi me nyaksikan pemandangan indah panorama menarik kawasan sekitarnya.Dari kedudukan ini, pengunjung akan dapat melihat punca mata air semula jadi kira-kira 30m di bawah Jendela Tebu. Ada yang memanfaatkannya untuk tujuan membersihkan diri atau mengambil wuduk. Selepas berehat seketika bagi menikmati hidangan makan tengah hari, pendakian akan menemui destinasi utamanya iaitu puncak Gunung Tebu, kemuncak di negeri pantai timur yang paling hampir dengan kawasan laut.Perjalanan diteruskan ke Batu Madrasah, kawasan lapang kira-kira 200m, selepas melewati kawasan puncak. Tempat ini dikatakan mendapat namanya kerana adanya batu besar yang seakan terhampar luas dengan permukaan yang agak rata. Menariknya, tidak berapa jauh dari kawasan ini, pengunjung akan dapat melihat kubur yang tidak bertanda dan masih menjadi misteri terutama kepada penduduk tempatan. Ada yang menganggap kubur ini tempat bersemadi orang halus yang pernah menghuni kawasan gunung ini.
Sesudah bermalam dalam khemah pada ketinggian lebih 1,000m dari aras laut, ekspedisi diteruskan dengan me nempuh Batu Terowong. Perjalanan dari puncak ke batu ini memakan masa kira-kira dua jam setengah berikutan la luannya yang agak mencabar.Di sini, peserta lazimnya akan berehat antara satu dan dua jam untuk makan tengah hari sebelum meneruskan per jalanan ke Sungai Angga yang menjadi tempat bermalam kedua sepanjang kembara lasak ini. Keesokan paginya, awal-awal lagi, peserta meneruskan perjalanan ke Bukit Batu Balai yang lebih mencabar dan ia memakan masa sehingga enam jam.Cabaran lebih sukar apabila menghampiri puncak Bukit Batu Balai pada ketinggian 1,161m. Bagaimanapun, kepuasan jelas terpancar di wajah setiap peserta apabila menjejakkan kaki ke puncak gunung ini. Penamat sempurna kepada ekspedisi penuh mencabar ini adalah “berkubang” di Kolam Air Panas La, sebelum bertolak pulang dengan van atau lori, milik agensi pelancongan.Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Santai/20080703095812/Article/indexv_html

Tuesday, July 8, 2008

Touring Kayak Expedition

Touring Kayak Expedition Bentong ke Temerluh

Tarikh : 19-20 Julai 08 (2 hari 1 malam)
Bayaran : RM200 seorang
kepada yang berminat sila hubungi Rob (012 2225725) untuk pengesahan tempat.

Sekian