Monday, March 9, 2009

Gunung Nuang 8 March 2009


Pendaftaran Di Pondok Renjer. Bagi Pendaki yang ingin bermalam perlu laporkan pada balai polis dan pejabat hutan yang berdekatan. Kalau balik hari tulis buku jer.


Pintu gerbang masuk ke hutan rekreasi gunung nuang. Ketinggian puncak gunung adalah 1498m, Gunung tertinggi di negeri selangor.


Kawasan sungai tempat ramai orang berchamping dan mandi.

Best mandi


Kem Lolo waterfall, Punca air terakhir sebelum kepuncak nuang. Biasanya ramai pendaki akan berkhemah di sini sebelum meneruskan pendakian ke puncak.

Dari kiri : Prof Dr Moktar Abu Bakar (Ketua Jabatan JPMD), Siti Hawa, Kawan Haris, Haris (anak Prof) Alif, Fadlin, Fauziana, Nor Muslim, Syafik, Hamydy.
Yang tiada dlm gambar : Linda, Suami Linda dan kawan Linda.(datang lambat)

Seramai 13 orang semuanya mendaki Gunung Nuang pada 8 March 2009, Kami hanya mendaki sampai Kem LoLo sahaja. Nor Muslim, Fadlin dan hamydy cuba mendaki untuk sampai ke Kem Pacat namun tak berjaya kerana masa dah lewat( dah 1.00pm mastu berpatah balik ke kem lolo sampai kul 2.00pm). Mula mendaki dari pondok post jam 9.00pagi dan sampai ke kem Lolo 11.00pagi, Jam 3.00 petang mula mendaki turun dan sampai ke pondok pos jam 5.00petang.

Thursday, March 5, 2009

Bukit Tabur lagi 7 March 2009 (Sabtu)

Untuk Makluman semua
Geng Farmasi yang diketuai oleh Syafik akan mendaki lagi sekali ke bukit tabur pada 7 March 2009. Kepada yang berminat boleh turut serta. Jumpa terus di kaki bukit tabur 6.30am.

Berikut adalah cebisan gambar yang dirakam semasa disana pada 7 March 2009.

Tuesday, March 3, 2009

Gunung Nuang 8 March 2009 (Ahad)

Day Pack Gunung Nuang
Mendaki sampai ke lolog@kem pacat sahaja, tak sampai puncak.

Bagi yang hendak pergi Gunung Kinabalu 13 March 2009 ni , sesuai sangat la ikut sebagai latihan.

Team Leader Syafik, Hawa and Along

tentative
8 March 2009 (Ahad)
6.45am - Berkumpul di HUKM
7.00am - bertolak dari hukm
8.00am - Mula trekking
9.00am - Sampai ke kawasan sungai dan air terjun
9.30am - Sambung mendaki sampai ke kem pacat
10.30am - Tiba di kem pacat..lepak rehat
11.00am - Mula turun ke kawasan air terjun
12.00am - sampai kawasan air terjun mandi manda, makan
1.00pm - turun
2.oopm - tiba di rumah renjer dan balik kerumah masing2

Yang berminat sila sms hamydy 013-2383464

terbuka pada semua pembaca blog yang berminat.

Peserta
1. Syafik
2. Hawa
3. Along
4. Alif
5. Hamydy
6. Fadlin
7. Linda
8. En Nur Muslim
9. Prof Mokhtar
10. Haris (anak Prof)
11. Kawan Haris
12. Suami Linda
13. Kawan Linda

Monday, February 23, 2009

Bukit Tabur Feb 2009

Bukit Tabur

Puncak ke 2

Empangan Klang Gate

UIA

Ketinggian 444.5m dari paras laut

Tempat berkelah empangan klang gate
















Thursday, January 15, 2009

Aktiviti Mendaki bulan Februari 2009

Untuk bulan Februari 2009 ada 3 trip pendakian gunung.
ketiga2 trip ini amat sesuai dijadikan latihan persediaan sebelum mendaki ke Gunung Kinabalu pada march ini.

Tarikh adalah seperti berikut:

Trip 1
7-9 Feb 2009 = Gunung Berembun Terengganu (bonus air terjun Chemerong dan lansir)

Trip 2
13-15 Feb 2009 = Gunung Perlus hulu langat (bonus Air terjun perlus)

Trip 3
20-22 Feb 2009 = Gunung Ledang

Butiran lanjut aktiviti akan dimaklumkan kemudian.

Wednesday, December 31, 2008

Mendaki Gunung Ledang 2009




Trip mendaki G Ledang ini adalah sebahagian dari latihan persediaan untuk mendaki gunung kinabalu. Trip Ledang ni jenis santai sebabnya sudah jadi taman negara, oleh itu semua kemudahan telah disediakan. kiranya champing suka2 jer.


cadangan tarikh
20-22 Feb 2009


Jenis trip

santai dan konvoi berkereta
anggaran peserta 15org

Tentative program

Day 1
Bertolak dari KL Malam - 12pm
dijangka tiba sebelum subuh
lepak dalam keta tido atau sebagainya

Day 2
selepas sarapan
terus daftar, buat pembayaran dan terus mendaki
tiba ke puncak tengahari
pasang kemah di camp site
santai - masak2,makan2 angin. dan bermalam.

Day 3
Selepas sarapan
Terus turun untuk balik ke kl
atau
Program tambahan jika ada atau aktiviti bebas

Kos Trip
Sendirian Berhad
Minyak keta dan tol - tong-tong sikit2
kos mendaki seperti yang telah ditetapkan oleh pihak taman negara.

Kos yang telah ditetapkan oleh pihak Taman Negara gunung Ledang
http://bm.johorparks.com.my/the-parks/gunung-ledang/

Kategori Dewasa Pakej B (2h/1m)
Bayaran Masuk & Pemuliharaan Rm 5/person
Permit Mendaki Rm 5/person
Tapak Khemah (1 Malam) Rm 5/person

Bayaran Pemandu 2 Hari 1 Malam Rm140/group

Peralatan yang perlu ada
Khemah (yang tiada boleh kongsi dengan yang ada)
Stok makanan sendiri (nak masak ker atau nak makanan segera terpulang masing2)

Yang Berminat boleh bagi nama secepat mungkin

Bayaran akan dimaklumkan kemudian

Email butiran berikut pada hamydy@gmail.com
Nama
No Tel bimbit


Terbuka pada semua org yang berminat.

Monday, October 13, 2008

Tentative Program Mendaki Gunung Kinabalu

Kepada semua pendaki
Tiket Penerbangan sudah boleh ditempah merujuk jadual dibawah:

Penerbangan Air Asia

Tarikh Bertolak Jumaat 13 March 2009
Berlepas - 09.25pm (KL)
Sampai - 11.55pm
No Pesawat - AK 5112

Tarikh Pulang Isnin 16 March 2009
Berlepas - 09.15m (KK)
Sampai - 11.55pm
No Pesawat AK 5121

**bagi yang ingin pulang pada Tarikh yang berbeza, maka penerbangan pulang adalah terpulang pada masing2.

Tentative Program

Jumaat 13 March 2009
08.00pm Berkumpul di LCCT
09.25pm Berlepas ke KK
11.55pm Tiba di KK terus menginap di hotel

Sabtu 14 March 2009
07.00am Bertolak ke Kinabalu Park
10.00am Mula mendaki ke Laban Rata
03.00pm Dijangka tiba di Laban Rata
09.00pm Tidur

Ahad 15 March 2009
02.00am Mendaki ke Puncak
05.00am Dijangka tiba di puncak- melihat matahari terbit
09.00am Mula mendaki turun
02.00pm dijangka tiba di kinabalu park
terus ke Hot Spring
08.00pm check in hotel
09.00pm makan malam di tepi laut

Isnin 16 March 2009
08.00am selepas sarapan bertolak ke pulau manukan, mamutik dan sapi
snorkeling sampai puas
01.00pm pulang ke kk membeli belah
Pasar philipine (mutiara, ikan masin, cenderahati)
05.00pm Balik ke hotel bersiap untuk pulang
08.00pm Berkumpul di Airport
09.15pm Berlepas pulang ke KL
11.55pm sampai di KL

Selasa 17 March 2009
sudah mula kerja atau ada yang masih bercuti.

Senarai nama peserta yang telah berjaya dibuat tempahan
1. Mohd Arif B. Alias
2. Samsuddin Yalla
3. Mohd Fadlin Mender
4. Abd Hamydy Bin Abd Hamid
5. Mohd Syukor Bin Abd Hamid
6. Nor Bin Muslim
7. Syafiq Taffuddin Hamid
8. Mohd Alif
9. Dr. Arif Bin Hamid
10. Nor Aiwa Samad

Pembayaran
Semua 10 tempat telah dibuat pembayaran.

Latihan Kecergasan
Diharap setiap peserta dapat melakukan latihan kecergasan sendiri sekurang2nya sebulan sebelum tarikh bertolak untuk mengelakkan semput.

latihan seperti
1. joging sekurang2nya 3 kali seminggu
2. Latihan kaki (turun naik tangga) sekurang2nya sekali seminggu, kalau tiada tempat tangga HUKM pun boleh mula dari tingkat bawah naik ke tingkat atas sekali.

Peralatan
Memandangkan kita dapat di Gunting Lagadan Hut (Non Heated Dorm) maka peralatan berikut hendaklah dibawa:

1. Sarung Tangan (sangat mustahak semasa di puncak..sejuk)
2. Baju sejuk (waktu malam sejuk)
3. Sleeping Bag (waktu malam sejuk)
4. Wind Breaker (untuk kurangkan pukulan angin semasa mendaki ke puncak)
5. Kasut (yang sesuai dan tidak licin)
6. Kamera (penting ni... Disana banyak View yang cantik2)
7. Seluar Pendek (untuk Snorkeling)
8. Lotion Sun Burn (bagi yang menjaga kulit muka ketika snorkeling)
9. Lampu suluh kepala (head lamp) sbb mendaki kepuncak awal pagi 2.00am


Memandangkan ada peserta yang pertama kali akan pergi dan ada yang bertanyakan budget keseluruhan berapa. maka saya buatkan anggaran kos

Anggaran Kos

*Kos mendaki RM510
Day 2 - 1 night Laban Rata RM290
RM220 ( Insuran,Permit, Lesen, Guide, Park Fee, sijil and etc.)
**collection RM350 so baki RM160 sebelum bertolak

Van : RM800
Dari Hotel - Kinabalu Park
Dari Kinabalu Park - Hot Poring - Hotel -
So dalam RM80 per person
**collection sebelum bertolak

Teksi : Airport - KK hotel city - Airport
x sure berapa anggaran RM10 per person
Jika Hotel ada Airport PickUp lagi jimat

Boat
ke Pulau manukan, sapi, mamutik
Anggaran dalam RM15-20.
bergantung pada rundingan dengan pemandu boat. Di Jeti nanti

Dormitory
Day 1 & day 3
(Bunk Bed) per person RM25 x 2 day
Sendiri ikut group bilik

Tiket Flight Return (Airasia)
***Beli sendiri

Anggaran Total Kos +/- RM1047 (termasuk Flight)

Duit belanja, makan dan Shoping Masing2 budget la, lain perut lain citarasanya

**Untuk makluman semua KOS yang saya uruskan hanyalah kos mendaki RM510
Kos2 lain saya akan buat collection sebelum bertolak ataupun di sana nanti, Saya buat begini bagi mengelakkan kerugian sekiranya ada peserta yang last minit tarik diri ataupun tukar rancangan.

harap maklum

jika ada sebarang kemuskilan, jgn segan untuk bertanya pada saya. sekian wassalam