Wednesday, October 8, 2008

Tempahan mendaki Gunung Kinabalu 2009

Assalamualaikum pada semua Pendaki

Berita baik dan juga kurang baik untuk semua. Berita baiknya tempahan mendaki gunung kinabalu telah dibuka untuk bulan march 2009. saya telah telefon pihak kinabalu park dan dapatkan quortation.

Berita kurang baiknya adalah senarai harga baru telah dikeluarkan dan harganya telah meningkat berganda2 dari sebelum ini yang pernah saya pergi pada tahun 2007.

Contohnya
Laban Rata (Heated Dormitory) Gunting Lagadan Hut
2007 = RM50 seorang
2009 = RM330 seorang (termasuk makanan)

Oleh itu harga yang saya letakkan sebelum ini RM250 tidak lagi relevan. Oleh sebab itu juga jika ada peserta yang tidak sanggup dan tidak mampu dengan peningkatan kos terbaru ini harap dapat beritahu saya secepat mungkin. Sebelum saya buat tempahan. Kerana untuk buat tempahan saya perlu buat bayaran 100% kepada pihak kinabalu Park dalam masa 7 hari

Bayaran ini untuk Chalet di Laban Rata RM330.

Sesiapa yang tidak memberi jawapan kepada saya dalam masa 4 hari sehingga ahad ini 11/10/08, maka saya anggap dia tidak berminat dan tempatnya saya gantikan dengan peserta lain yang sanggup bayar sekurang2 nya RM350 untuk tempahan.

Kos wajib
Anggaran Kos Asas Mendaki = RM500
Yuran Kelab Foto = RM10

Kepada sesiapa yang masih berminat harap dapat menjelaskan sekurang-kurangnya RM350 secepat mungkin.

Segala kesulitan amat saya kesali.

Berikut adalah senarai harga untuk Mendaki yang dikeluarkan oleh Kinabalu Park.

Laban Rata (Heated Dormitory)/Gunting Lagadan RM330
Entrance Fee RM3
Climbing Permit RM30

Climbing Insurance RM7

Transportation (Optional)
Via Timpohon Gate 5 Persons & Above (1 Mt. Guide) RM4
Via Mesilau Trail 7 Persons & Above (1 Mt. Guide) RM15

Mountain Guide Fee 4 – 6 Climbers
Timpohon / Peak / Timpohon RM100
Timpohon / Peak / Mesilau RM115
Mesilau / Peak / Mesilau RM120
Certificate RM10


Kos2 lain seperti sewa van, Budget hotel, bot boleh dibuat kemudian setelah hampir nak pergi atau disana kerana banyak pilihan dan tidak perlu di tempah awal. Apa yang paling penting adalah Tempahan tempat di Laban Rata.

sekian sebarang kemuskilan boleh hubungi saya : hamydy 013-2383464

No comments: