Sunday, July 5, 2009

Gunung Arong Mersing Johor 3-5 Julai 2009


Beirut puncak Gunung Arong Mersing Johor. Pada mulanya plan untuk mendaki Gunung Ledang. semua persiapan telah dibuat dan dibeli, makanan, t-shirt, insurans, permit juga telah lulus. Tetapi pada 3 julai 2009 tengahari tu pihak taman negara ledang call maklumkan permit dibatalkan kerana ada kembara Tengku Mahkota Johor pada 4-7 Julai 2009. Petang itu juga terpaksa pikirkan plan B dan akhirnya ke Gunung Arong. Ramai dikalangan peserta sangat terkejut dengan berita tersebut dan ada yang kecewa kerana tidak dapat mendaki Gunung Ledang. Tapi akhirnya semua bersetuju meneruskan perjalanan ke mersing.
Gunung Arong tidak setinggi Gunung Ledang tetapi bonusnya gunung ini terletak berhampiran dengan laut dan pemandangan cukup menarik.
Kami tiba di Tanjung Resang Mersing jam 4.30pagi. Campsite tepi pantai dihadapan chalet SARI JENTAYU. Pemilik chalet ini amat ramah dan baik. Beliau bernama Pn Sari, telah membenarkan kami menggunakan kemudahan toilet dan bilik mandi serta kegunaan air untuk masak dan minun.
tengahari kami mula memasak untuk dijadikan bekalan makan malam ketika campsite di atas gunung Arong. pendakian bermula selepas asar, ketiga dlm perjalanan kami ditemani dengan hujan yang tidak terlalu lebat. sampai ke puncak gunung arong hanya mengambil masa sekitar 1 jam setengah.

hajat hati hendak shoot sunset memandangkan ada dikalangan peserta membawa kelengkapan kamera yang SLR yang power2. tapi sunset tidak kelihatan kerana ditutupi dengan kabus.

Malamnya kami adakan sesi ice breaking (suai kenal)..makan malam ..dan santai

Paginya seperti biasa buat sarapan pagi. kemas dan mendaki turun. dalam perjalanan turung kami tidak ketinggalan untuk ambil gambar2 pemandangan yang menarik.
turun ke melalui pantai dan singgah mandi di kawasan pantai yang diberi nama pantai rahsia..kawasan pantai tersebut masih bersih.
selepas mandi manda bersiap pulang dan singgah di pean mersing untuk membeli keropok dan makan tengahari. selepas makan masing2 pulang memngikut haluan masing2.
sekian.

1 comment:

MUJIB said...

sy nk tanya...mcmana nk cari memandu pendaki gunung Arong?