Monday, June 30, 2008

Xpdc Gunung Kinabalu (4095m) 7-11 Ogos 2007

Xpdc Gunung Kinabalu (4095m)
Sabah7-11 Ogos 2007

Info Gunung
Gunung Kinabalu, Sabah. (13,455′)
Gunung tertinggi di Malaysia ini menjadi kebanggaan rakyat Sabah khususnya. Gunung ini diwartakan Taman Negara dan juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia (World Heritage) mempunyai keunikan tersendiri.
Pendaki dikehendaki mendaftar dan mendapat permit mendaki di HQ Kinabalu Park. Waktu mula mendaki dibuka jam 8:30pagi - 12:30tgh. Kebiasaannya pendaki akan mendaki melalui Timpohon Gate. Pendaki juga boleh membuat pilihan melalui Mersilau trail, di Kundasang. Bagaimanapun sejarah pendakian Gunting Lagadan dan Sir Hugh Low bukanlah melalui kedua-dua trail ini. Setiap Checkpoint dibina pondok untuk berehat serta ada kemudahan tandas dan air.
Hut (Waras, Panar Laban, Laban Rata, Gunting Lagadan, Burlington)Hut-hut diatas adalah antara asrama untuk pendaki bermalam. Setiap satu hut terletak berdekatan walaupun di ketinggian berbeza. Paling rendah Waras Hut (3243.7m), Burlington Hut (3270.9m), Laban Rata (3272.7m), Panar Laban (3314.3m) dan paling tinggi Gunting Lagadan Hut (3323.5m). Beberapa kemudahan asas telah disediakan seperti katil, gebah/sleeping beg, bantal, dapur memasak, periuk-miuk, pinggan mangkuk, tandas dan bilik mandi. Satu Restoren ada ditempatkan di Laban Rata.
Sumber : Apip Embi, Eryn, Paei & Kinabalu Park http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoKinabalu.htm


Hari Pertama 7/08/07 (Selasa)
06.00pm -Berkumpul di Stesen kl Sentral
-Naik Bas LCCT express
08.00pm -Boarding
09.15pm -Berlepas ke KK
11.45pm -Tiba di KK
12.00am -Check in Hotel Inanam

Hari Kedua 8/08/07 (Rabu)
08.00am -Sarapan dan bertolak ke Taman Negara Kinabalu
11.00am -Sampai Taman Negara
-Melawat hot spring, kanopi,
06.00pm- -Check in chalet Taman Negara

Hari Ketiga 9/08/07 (Khamis)
07.00am -Mula mendaki
12.00am -Tiba di Laban Rata dan bermalam di chalet

Hari Keempat 10/08/07 (Jumaat)
02.00am -Mendaki ke puncak
-Melihat matahari terbit
-Mendaki turun ke Laban Rata
06.00pm -Tiba di KK
-Makan Malam di Pasar Philipine
-Bermalam di Hotel Backpaker

Hari Kelima 11/08/07 (Sabtu)
07.00am -Selepas sarapan terus ke Jeti
-Berlayar ke Pulau Manukan, Pulau Sapi da Pulau Mamutik
-Aktiviti Snorkeling
12.00pm -Balik ke KK
01.00pm -Makan dan Shoping di Pasar Philipine
06.00pm -Bertolak ke Lapangan Terbang
20.05pm -Berlepas ke Kuala Lumpur
22.35pm -Sampai di Kuala Lumpur

CONTACT
Sutera Sanctuary Lodges
G 15, Ground Floor, Wisma Sabah
8000 Kota Kinabalu Sabah
tel : 088 243629
Fax: 088 259552
Email : info@suterasanctuarylodges.com
Web : : mailto:info@suterasanctuarylodges.com

Bayaran Mendaki
Individual Fee
Entrance Fee Rm3.00
Accommodation (Kinabalu Park) Rm46.00
Accommodation (Kinabalu Park) Rm46.00
Climbing Permit Rm30.00
Climbing Insurance Rm7.00
Transportation (PHQ to Timpohon Gate) Rm8.00
Certificate (Optional) Rm10.00

Group Payment
Mountain Guide Fee
Timpohon Gate/Peak/Timpohon Gate
1-3 cimbers Rm70.00 return trip
4-6 cimbers Rm74.00 return trip
7-8 cimbers Rm80.00 return trip

Porter Fee (Optional)
Timpohon Gate/Peak/Timpohon Gate
To Laban Rata Rm60.00 return trip (10kg)
To Sayat-sayat Rm80.00 return trip (10kg)
To Summit Rm88.00 return trip (10kg)

***Ini semua harga pada masa itu la, sekarang mungkin dah naik.

Van Sewa
Andaras Rent Car Sdn. Bhd.
Lot G-03, Wisma Sabah,
88864 Kota Kinabalu
Tel : +60 88211866 / 252280
Fax : +60 88216010
Email : arackk@steamyx.com
Web : http://www.freewebs.com/adaras-rent-a-car

** harga yang aku dapat masa tu Rm250 sehala, hantar dan ambik ke kinabalu park.

Hotel
Hotel Inanam
1st-2nd Floor, Lot 40A
Inanam Baru, Kota Kinabalu Sabah
Tel : 60 088 436627
Harga Sebilik hanya Rm20 sahaja

*tak rekemen hotel ni next time, nama je Hotel tapi sebenarnya macam rumah tumpangan itu sebab murah. Pastu jauh pulak dengan KK.

Kinabalu Backpackers Lodge
Lot 4, Lorong Dewan, 88000
Kota Kinabalu Sabah
Tel : 6088 253 385
Email : info@kinabalubackpaker.com
Web : http://www.kinabalubackpaker.com/

*chalet yang ini ok, dalam KK dekat je kalau nak jalan kaki ke pasar Philipine dan ke Jeti
harga Rm20 per kepala untuk Dorm. Satu Dorm boleh muat 7 org. Selesa dan ada free internet. Kat area chalet ni terdapat banyak chalet2 backpacker

Xpdc Gunung Bujang Melaka (1233m) 7-11 Ogos 2007





Gunung Bujang Melaka (1233m)
Tapah Perak 7-11 Ogos 2007

Pendakian ke gunung Bujang Melaka di tapah ini di anjurkan oleh Kelab Pelopor Bandar Tun Razak. Seramai lebih kurang 30 orang yang turut serta dari pelbagai latarbelakang, antaranya seperti pelajar dari UNITEN (4orang), pelakon sembilu kasih, dan lain2 lagi tak ingat la, Geng HUKM pula seramai 7 orang. Pergi bersama kelab ini kira enjoy jugak coz makanan, set khemah dan pengangkutan tak payah risau mereka urusan semua, Cuma yang seksa nak bawa alatan dan makanan jela sebab semua makanan dan alatan khemah telah dibahagi-bahagikan sama banyak dan sama berat sesame ahli. Ketua kelab ini adalah Abg Kamal, Orangnya sempoi dan peramah, dia amat mementingkan sumber makanan yang cukup dan sihat untuk para pendakian. Semasa pertengahan perjalanan ke tapak khemah kami melalui kawasan dusun Durian, apalagi makan durian fresh baru gugur la ramai2.

Info Gunung
Gunung Bujang Melaka yang terletak di Tapah Perak, mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,048 kaki). Gunung Bujang Melaka mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar. Ianya bermula dari Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai Kampar. Ketinggian yang mencecah 4048 kaki menyebabkan suasana sejuk dan dingin pada pengunjung yang bermalam dipuncaknya mahupun diCamp Lebah. DiCamp Lebah para pendaki yang tiba dinasihatkan agar berhati-hati semasa tiba dengan tidak membiarkan baju basah diletakkan merata-rata kerana lebah yang ada disana memang gemar menghurungnya. Untuk kesana anda perlu menaiki bas dan turun di Stesen Bas Kampar. Kemudian anda mempunyai pilihan samaada untuk berjalan kaki (30minit) ke Air Terjun Batu Berangkai ataupun mengambil teksi terus kesana. (sumber : pelbagai website)

Penganjur

PELOPOR ADVENTURE TEAM (001633210-P)
18 Jalan Jujur 2, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras Kuala Lumpur
Tel : 012 2090460 (Abg Kamal)

Hari Pertama 13/07/07 (Jumaat)
10.30pm Berkumpul di KL Sentral
12.00pm Berlepas ke Tapah dengan Bas Sewa

Hari Kedua 14/07/07 (Sabtu)
03.30am Tiba di Tapah
-Rehat dan tidur di kaki lima Kedai makan
-hampar ground sheet dan tido ramai2 sambil memandang bintang dilangit
06.00am Solat subuh
07.30am Sarapan pagi – kedai baru buka
-tapau makanan
-Taklimat Pendakian
09.30am Mulakan Perjalanan
11.00am Rehat / Makan Tengahari
12.00pm Teruskan Pendakian
03.30pm Tiba di tapak perkhemahan
-Mendirikan khemah / minum petang
06.30pm Persiapan diri/ mandi air sungai
08.00pm Makan malam
09.30pm Suaikenal (Ice Breaking)
11.00pm Minum malam / aktiviti mengurut ramai2 / Tidur la

Hari Ketiga 15/07/07 (Ahad)
06.00am Bangun / Solat / Masak
08.00am Teruskan pendkian ke puncak
09.30am Tiba di Puncak Gunung Bujang Melaka
-Rehat / Sarapan pagi
-Sesi bergambar
10.30am Perjalanan turun
11.30am Tiba tapak khemah / masak / packing
01.00pm Makan tengahari
02.30pm Perjalanan turun ke kaki gunung
-singgah di air terjun mandi manda
04.30pm Tiba di Kaki Gunung / minum petang / persiapan diri
06.30pm Berlepas ke Kuala Lumpur (KL Sentral)
10.00pm Tiba KL sentral
-Taklimat / Bersurai

Sunday, June 29, 2008

Gunung Berlumut Kluang Johor 29/7/07

Gunung Berlumut Kluang Johor 29/7/07

Gunung Berlumut terletak di Kluang Johor. Pendakian ke gunung ini amat mencabar kerana sumber air yang terhad. tempat kami berkhemah hanya ada sungai kecil yang hanya selangkah lebarnya, dan untuk mengambil air pulak terpaksa turun bukit.

Perjalanan bermula dengan mengambil keretapi senandung malam ke Kluang Johor (jam 1 pagi) di KL sentral. semasa dalam train kami dapati terdapat juga group lain yang juga hendak kesana. Stesen Keretapi Kluang Johor, kami tiba dalam jam 5pagi, setiba saja kami membentangkan landsheet dan tidur beramai2 atas lantai stesen itu sampai masuk subuh. Group lain juga kelihatan tidur bergelimpangan di sekitar stesen.

sesudah solat subuh kami semua bersiap2 dan tunggu kafeteria stesen dibuka dan bersarapan beramai2. setelah sarapan kami menaiki sebuah lori pikup dan dihantar terus ke kaki gunung berlumut. setiba di sana kami membuat persediaan terakhir dengan membeli bekalan makanan dari kedai disana dan menyimpan sepasang pakaian bersih untuk pulang di stor pusat reakreasi itu. sedikit bayaran dikenakan untuk menyimpan dan penggunaan bilik air.

Perjalanan mendaki mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke kawasan batu GIGI, disitu kami singgah untuk lunch dan kemudian meneruskan perjalanan ke tapak khemah terakhir dalam masa hampir 2jam. Dari tapak kemah ke puncak gunung hanya mengambil masa 15 minit. Setelah mendirikan khemah dan mengambil air di sungai kami menyediakan makanan dan kemudianya berehat.
keesokkan paginya kami ramai2 menuju kepuncak melihat matahari terbit, cuaca amat sejuk masa itu. sarapan pagi di puncak hanya dengan rati sandwish, setelah selesai mkn tengahari kami mendaki turun dan pulang

Gunung Nuang (1493m) 17-18 Feb 2007

Xpdc Gunung Nuang (1493m)
Hulu Langat Selangor 17-18 Feb 2007

Info Gunung
Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.
G. Nuang 1493 m (4899 kaki) dpl terletak di daerah Hulu Langat, Selangor, terdapat kawasan tinjau untuk melihat panorama Lembah Klang terutama Bandaraya Kuala Lumpur. Jelas kelihatan pencakar-pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Petronas, Menara Kuala Lumpur. Kebiasaannya gunung ini menjadi tempat latihan bagi pendaki-pendaki di Lembah Klang sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.

Laluan PendakianPendaki boleh pergi ke Kg, Pansun, Hulu Langat dengan menaiki bas Kuala Lumpur - Pansun ataupun menggunakan kenderaan sendiri. Kemudian pendaki boleh berjalan menuju Empangan Hulu Langat. Pejabat Perhilitan yang berada bersebelahan pintu pagar kawasan empangan, menjadi tempat pendaki melaporkan pendakian dan tempat meletak kenderaan persendirian. Pendaki perlu menyusuri laluan bersebelahan palong air sepanjang laluan hingga ke rumah Empangan Loloh. Kemudian melintasi empangan sebelum tiba di Kem Loloh. Kawasan kem agak luas dan mampu menampung 200 pendaki.

Ada satu sumber air di bawah cerun curam Dataran Pacat ini. Tidak ramai pendaki yang menuruni cerun ini melainkan betul-betul kehabisan air ataupun bermalam di Dataran Pacat ini. Dari Dataran Pacat laluan pendakian terus mencanak menyusuri tangga-tangga akar kayu. Terdapat satu puncak anak Nuang sebelum sampai ke puncak G. Nuang. Keadaan muka bumi mulai lembab dan berlumut hingga ke puncak.
Sumber : Hasil & Sumber: Apip Embihttp://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoNuang.htm

Hari Pertama 17/02/07 (Sabtu)
07.00am Berkumpul di HUKM
07.30am Bertolak ke Gunung Nuang dengan bas HUKM
08.30am Tiba di rumah renjer
-panaskan badan/taklimat
-mula mendaki ( dalam hujan yang lebat)
-tiba di tapak perkhemahan
09.00pm Sesi suai kenal

Hari Kedua 30/06/07 (Sabtu)
7.00am
Sarapan-mula mendaki ke puncak-pendakian ini mengambil masa yang lebih dari kebiasaan kerana sebahagian peserta tidak cergas dan ada yang mengalami kecederaanserta semput.
-Tiba di puncak kami berehat dan menjamu selera dengan bekalan yg dibawa.
-Pendakian turun ke tapak khemah bertambah lambat rentetan dari masalah peserta yang mengalami kecederaan semasa mendaki. Kami sampai ke tapak khemah pun sudah lewat diantara jam 5.00pm

06.00pm
-Selepas makan kami terus bersiap dan mendaki turun ke rumah renjer
perjalanan ini juga mengambil masa yang lagi lama kerana peserta tidak cukup tenaga dan rehat disebabkan oleh cuaca hujan.

11.00pm
Tiba di pintu masuk, nasib baik bas masih setia menunggu kami walaupun mengikut jadual kami patut naik bas dalam pukul 5.00pm-dalam bas semua peserta dah terbongkang tidur akibat keletihan.-akhirnya sampai juga kami ke HUKM…wah penat giler