Monday, June 30, 2008

Xpdc Gunung Bujang Melaka (1233m) 7-11 Ogos 2007





Gunung Bujang Melaka (1233m)
Tapah Perak 7-11 Ogos 2007

Pendakian ke gunung Bujang Melaka di tapah ini di anjurkan oleh Kelab Pelopor Bandar Tun Razak. Seramai lebih kurang 30 orang yang turut serta dari pelbagai latarbelakang, antaranya seperti pelajar dari UNITEN (4orang), pelakon sembilu kasih, dan lain2 lagi tak ingat la, Geng HUKM pula seramai 7 orang. Pergi bersama kelab ini kira enjoy jugak coz makanan, set khemah dan pengangkutan tak payah risau mereka urusan semua, Cuma yang seksa nak bawa alatan dan makanan jela sebab semua makanan dan alatan khemah telah dibahagi-bahagikan sama banyak dan sama berat sesame ahli. Ketua kelab ini adalah Abg Kamal, Orangnya sempoi dan peramah, dia amat mementingkan sumber makanan yang cukup dan sihat untuk para pendakian. Semasa pertengahan perjalanan ke tapak khemah kami melalui kawasan dusun Durian, apalagi makan durian fresh baru gugur la ramai2.

Info Gunung
Gunung Bujang Melaka yang terletak di Tapah Perak, mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,048 kaki). Gunung Bujang Melaka mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar. Ianya bermula dari Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai Kampar. Ketinggian yang mencecah 4048 kaki menyebabkan suasana sejuk dan dingin pada pengunjung yang bermalam dipuncaknya mahupun diCamp Lebah. DiCamp Lebah para pendaki yang tiba dinasihatkan agar berhati-hati semasa tiba dengan tidak membiarkan baju basah diletakkan merata-rata kerana lebah yang ada disana memang gemar menghurungnya. Untuk kesana anda perlu menaiki bas dan turun di Stesen Bas Kampar. Kemudian anda mempunyai pilihan samaada untuk berjalan kaki (30minit) ke Air Terjun Batu Berangkai ataupun mengambil teksi terus kesana. (sumber : pelbagai website)

Penganjur

PELOPOR ADVENTURE TEAM (001633210-P)
18 Jalan Jujur 2, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras Kuala Lumpur
Tel : 012 2090460 (Abg Kamal)

Hari Pertama 13/07/07 (Jumaat)
10.30pm Berkumpul di KL Sentral
12.00pm Berlepas ke Tapah dengan Bas Sewa

Hari Kedua 14/07/07 (Sabtu)
03.30am Tiba di Tapah
-Rehat dan tidur di kaki lima Kedai makan
-hampar ground sheet dan tido ramai2 sambil memandang bintang dilangit
06.00am Solat subuh
07.30am Sarapan pagi – kedai baru buka
-tapau makanan
-Taklimat Pendakian
09.30am Mulakan Perjalanan
11.00am Rehat / Makan Tengahari
12.00pm Teruskan Pendakian
03.30pm Tiba di tapak perkhemahan
-Mendirikan khemah / minum petang
06.30pm Persiapan diri/ mandi air sungai
08.00pm Makan malam
09.30pm Suaikenal (Ice Breaking)
11.00pm Minum malam / aktiviti mengurut ramai2 / Tidur la

Hari Ketiga 15/07/07 (Ahad)
06.00am Bangun / Solat / Masak
08.00am Teruskan pendkian ke puncak
09.30am Tiba di Puncak Gunung Bujang Melaka
-Rehat / Sarapan pagi
-Sesi bergambar
10.30am Perjalanan turun
11.30am Tiba tapak khemah / masak / packing
01.00pm Makan tengahari
02.30pm Perjalanan turun ke kaki gunung
-singgah di air terjun mandi manda
04.30pm Tiba di Kaki Gunung / minum petang / persiapan diri
06.30pm Berlepas ke Kuala Lumpur (KL Sentral)
10.00pm Tiba KL sentral
-Taklimat / Bersurai

No comments: