Sunday, June 29, 2008

Gunung Nuang (1493m) 17-18 Feb 2007

Xpdc Gunung Nuang (1493m)
Hulu Langat Selangor 17-18 Feb 2007

Info Gunung
Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.
G. Nuang 1493 m (4899 kaki) dpl terletak di daerah Hulu Langat, Selangor, terdapat kawasan tinjau untuk melihat panorama Lembah Klang terutama Bandaraya Kuala Lumpur. Jelas kelihatan pencakar-pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Petronas, Menara Kuala Lumpur. Kebiasaannya gunung ini menjadi tempat latihan bagi pendaki-pendaki di Lembah Klang sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.

Laluan PendakianPendaki boleh pergi ke Kg, Pansun, Hulu Langat dengan menaiki bas Kuala Lumpur - Pansun ataupun menggunakan kenderaan sendiri. Kemudian pendaki boleh berjalan menuju Empangan Hulu Langat. Pejabat Perhilitan yang berada bersebelahan pintu pagar kawasan empangan, menjadi tempat pendaki melaporkan pendakian dan tempat meletak kenderaan persendirian. Pendaki perlu menyusuri laluan bersebelahan palong air sepanjang laluan hingga ke rumah Empangan Loloh. Kemudian melintasi empangan sebelum tiba di Kem Loloh. Kawasan kem agak luas dan mampu menampung 200 pendaki.

Ada satu sumber air di bawah cerun curam Dataran Pacat ini. Tidak ramai pendaki yang menuruni cerun ini melainkan betul-betul kehabisan air ataupun bermalam di Dataran Pacat ini. Dari Dataran Pacat laluan pendakian terus mencanak menyusuri tangga-tangga akar kayu. Terdapat satu puncak anak Nuang sebelum sampai ke puncak G. Nuang. Keadaan muka bumi mulai lembab dan berlumut hingga ke puncak.
Sumber : Hasil & Sumber: Apip Embihttp://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoNuang.htm

Hari Pertama 17/02/07 (Sabtu)
07.00am Berkumpul di HUKM
07.30am Bertolak ke Gunung Nuang dengan bas HUKM
08.30am Tiba di rumah renjer
-panaskan badan/taklimat
-mula mendaki ( dalam hujan yang lebat)
-tiba di tapak perkhemahan
09.00pm Sesi suai kenal

Hari Kedua 30/06/07 (Sabtu)
7.00am
Sarapan-mula mendaki ke puncak-pendakian ini mengambil masa yang lebih dari kebiasaan kerana sebahagian peserta tidak cergas dan ada yang mengalami kecederaanserta semput.
-Tiba di puncak kami berehat dan menjamu selera dengan bekalan yg dibawa.
-Pendakian turun ke tapak khemah bertambah lambat rentetan dari masalah peserta yang mengalami kecederaan semasa mendaki. Kami sampai ke tapak khemah pun sudah lewat diantara jam 5.00pm

06.00pm
-Selepas makan kami terus bersiap dan mendaki turun ke rumah renjer
perjalanan ini juga mengambil masa yang lagi lama kerana peserta tidak cukup tenaga dan rehat disebabkan oleh cuaca hujan.

11.00pm
Tiba di pintu masuk, nasib baik bas masih setia menunggu kami walaupun mengikut jadual kami patut naik bas dalam pukul 5.00pm-dalam bas semua peserta dah terbongkang tidur akibat keletihan.-akhirnya sampai juga kami ke HUKM…wah penat giler

No comments: